DROP YOUR LINK HERE

Sunday, October 09, 2011

sebenarnya...


sebenarnya dalam satu minggu ni fikiran aku kacau bilau. apa yang aku buat semua tak menentu. aku cuma fikir satu je iaitu aku je yang tahu dan malas aku nak hebohkan.
sebenarnya dalam satu minggu ni semua kerja aku terabur. tak terurus. meja di tempat kerja aku berselerak tak tentu arah. aku makin malas buat kerja. sebab aku sibuk memikirkan satu hal yang bermain di fikiran aku.
sebenarnya dalam satu minggu ni aku tersangat kuat makan snek,desert dan kurang makan nasi. dan aku pun tak tahu kenapa. aku makan nasi satu senduk pun tak habis. 
sebenarnya dalam satu minggu ini aku terlalu boros sebab balik2 beli snek je kan. blh kata setiap hari aku nak pergi melepak minum2 makan2.
sebenarnya dalam satu minggu ni aku rasa nak marah2 je dan malas nak layan orang tapi terpaksa juga sebab kerja aku memang berdepan dgn semua orang.
sebenarnya dalam satu minggu ni aku rasa macam rendah diri betul. macam aku ni la paling tak pandai dekat office tu.sedangkan hakikat tak macam tu. sekarang aku percaya. student pandai pun takkan selalu dapat apa yang diaorang nak.
sebenarnya dalam satu minggu ni aku tak gembira turun kerja sebab rasa macam aku diperli je setiap hari. kesalahan yang aku buat walaupun kecik memang nampak tapi kerajinan aku selama ini tak pernah nak dihargai. aku tak dapat jd perfect setiap hari.
sebenarnya dalam satu minggu ni aku selalu je berfikir pasal kamuu kamuu dan kamuu , tak kisah la dkt mana2 memang aku fikir pasal kamu. aku fikir apa kurang nya dekat aku ni. teruk sangat kah perangai aku ni utk kamuu. aku ni tak sesuai ke utk kamu.
sebenarnya dalam satu minggu ni aku masih runsing pasal kita walaupun kita dah ok tapi aku masih rasa tak ok je aku ni. aku dah janji tak nak jealous tak nak byk tanya tapi aku ada rasa nak tanya tapi aku takut. jadi aku biarkan kau hide relationship. sbb aku takut nak tanya.
sebenarnya dalam satu minggu ni kepala aku ni pening2 lagi. setiap kali ada problem macam ni la jadi nya. aku takut lama2 macam ni nanti jadi penyakit la pulak. 
sebenarnya dalam satu minggu ni aku nangis setiap malam.

Photobucket

1 orang kiud berbicara:

Nurrul Hazieqah said...

kenapa semua busy ?? nurul pun busy.. hehehe :P