DROP YOUR LINK HERE

Friday, June 07, 2013

Its June 2013

Alhamdullillah. Saya masih lagi bernafas. Dan sekarang sedang menikmati cuti semester. Banyak yang telah saya pelajari tahun ini. Susah dan senang. Apa yang paling saya akan ingat ialah kita tak sentiasa akan berada di atas.

Kenapa saya cakap mcm tu? Sebab saya rasa sepanjang saya masuk ke kskb,saya dah mendapat balasan atas perbuatan perbuatan saya sebelum ini. Hati saya dilukai berkali kali. Dan bila saya mengenang nasib.,mungkin Allah nak bagi saya rasa apa yang saya buat dulu. Tapi saya tetap kuat dan berjaya menempuh semua itu.

Sepanjang pengalaman belajar balik ini,saya dapat rasakan yang kehidupan bekerja lebih indah sebenarnya. Tapi saya bersyukur,walaupun tawaran dari KKM kepada saya agak lambat,saya tetap berjaya mendapat apa yang saya nak sebelum ini. Bagi saya sekarang,bidang pentadbiran lebih menyeronokkan berbanding bidang saya sekarang. Oleh kerana ini adalah minat lama saya dan kaki saya telah berada sebelah disini,saya harus teruskan.

Semoga apa yang ditempuh saya disini akan lebih mematangkan diri saya walaupun budak budak di sini mengatakan saya budak kecil kerana almaklumlah saya ini agak comel. Hahahaha. Matang tak perlu ditunjuk. Keluarkan bila perlu sahaja. Jangan jadi manusia yang cuma nampak matang tapi belum matang pun sebenarnya.

Saya akan berusaha untuk mengupdate jika ada kelapangan. Hehe.

0 orang kiud berbicara: