DROP YOUR LINK HERE

Tuesday, October 18, 2011

bunuh benih sendiri


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera semua.
Sebenarnya saya sangat terkejut dan sangat merasa malu sebab perbuatan ni dilakukan oleh orang Sarawak sendiri. Tak sangka tergamak betul dia buat macam tu.

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.



Kesian kan. Mungkin ibu dia tu terkejut ataupun tak tahu nak buat apa kan. Sebab dalam keadaan tertekan, syaitan lagi cepat merasuk kita ni. Haihh.
Tapi tak sangka tergamak betul dia buat macam tu. Walaupun saya ni tak suka sangat budak2 tapi baby sangat comel. 
Terfikir saya kenapa dia tak sayang baby tu? Pada pendapat saya la, rasa sakit masa bersalin tu cukup sakit dah utk kita hargai baby yang lahir tu. Walau sesakit mana pun bapa baby tu dah buat dkt kita, tapi baby tu totally tak bersalah.

Kalau tak nak, awal2 dulu la prevent benda macam ni. Jangan bila baby dah lahir baru nak buang, bunuh. Buntu macam mana sekalipun , anak tu tak harus dibunuh. Orang yang dah kahwin bertahun2 nak anak, ini diaorang senang2 je nak bunuh anak. 

Mungkin ada sebab la dia marah sangat dgn baby tu, sebab yang mungkin kita pun tak tahu kan. Mesti lepas ni dia dibayangi oleh baby dia tu. Huhu. Harap dia diberi kesedaran la atas apa yang dia dah buat. Jangan ulangi benda yang sama lagi.

SO,budak2 di luar sana tu , fikir la sebelum berbuat sesuatu. Macam budak ni, umur 16thn tapi hidup dah hancur. Mana hala tuju dia selepas ni kan. Mesti fikir panjang kalau nak buat sesuatu. Jangan main ikut hati je. Nanti 10thn akan datang menyesal pun takda guna dah.
Ambil iktibar atas apa yang dah terjadi. :)
Photobucket

2 orang kiud berbicara:

Aishah FS said...

totally disappointed. tolong lah if people out there yang mengandung and u dont even want ur baby, buang elok2 jangan bagi mati,mun dah terdesak gilak,mun dah malu gilak. ramei lagik org yg maok anak ya.. kesian gilak org kinek tok terlalu mengikut nafsu dari akal fikiran.

Vesella Letcheva said...

ukan betong ya d pahang ka? hahaha