DROP YOUR LINK HERE

Friday, December 10, 2010

Hidup saya yang membosankan, anda bagaimana?




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera ;) 
Harap semua sihat. Saya kurang sihat , masih sunburn, mengelupas di muka . Grrr ! Tapi, takpa , sabar saje. Tengok tak tajuk entry saya? Hahaha. Saya nak share la rutin harian saya nii.

Semenjak saya tak study lagi ni, dah dkt nak msuk 8bulan saya duduk je dirumah, mula2 tu best la, tapi lama2 tu macam makin bosan je. Mula2 dulu saya rajin pergi kenduri kendara saudara mara ;) tapi skarang ni, fuii, punya la malas. Nak pergi shopping complex pun malas. Takut terserempak dgn orang. Sepanjang saya stay je dirumah ni,saya banyak tidur. Ni tak tipu, rasanya dalam satu hari tu, adalah lbih dr 12 jam saya tidur je. Kalau saya bangun, saya tengok tv, karaoke, online(jrg2 sbb lappy masih sakit) . Macam sama je setiap hari. Bila dah duduk rumah je, mana la nak goyang kaki sangat. Buat la kerja rumah sikit2.

Yang paling saya tak suka nak hadapi selama duduk dirumah ni, bila orang Tanya saya buat apa sekarang, saya tak tahu apa nak jwab, kena2 lagi dgn yang memberi pendapat yang konon2 nya bernas la, tapi sikit pun tak bernas. Kadang2 saya diam, kadang2 saya menjawab. Tapi saya tak suka menjawab sebab mungkin kata2 saya setajam pedang, cewah ;) haha. Sekali menjawab trus mencucuk di dada .

Diaorang ingat saya suka ke nak hidup dirumah tak buat apa2, I’m waiting for something bha, aigoo. Kalau saya tak dapat yang saya tunggu tu, tahu la saya, nanti jangan lah bising pula bila saya dah kerja tak setaraf dgn kelulusan.

Ingat saya tek jeles ke orang lain masuk U? Nak buat macam mana la kalau kuota kat U tu dah tak cukup T.T Ada yang sampai suruh saya kahwin je. Ingat apa senang2 nak kahwin. Tlg la, saya belum mahu hidup saya dibataskan lagi. Saya belum mahu terikat.

Tapi, yang seronok nye masa dekat rumah ni, saya semakin rapat dgn adik perempuan sayaa ;) Hahaha. Banyak benda yang blh di share dgn dia . Dari soal kcik sampai la ke besar. Kadang2 saya minta pendapat dia kalau susah sangat nak selesaikan masalah. Walaupun saya ni dah besar, saya tua 7thn dr dia, tapi saya rasa dia berfikiran matang dan lebih positif dari saya. Hahaha. Saya ni berfikiran negatif :D

Walaupun hidup saya mbosankan dgn rutin harian yang sama, dihujani dgn soalan yang sama, saya bersyukur sebab masih boleh bernafas. Mungkin ada orang lain yang nasib lebih teruk dari saya. Saya bersyukur saya masih boleh makan nasi, saya tahu banyak insan diluar sana yang susah nak cari makanan. Huhuhu.

1 orang kiud berbicara:

kimchisu said...

hhahaha dan sememangnya rutin anda sama jek ngan kita..
owh duk umah actually sgt bosan kn..hahhaha
xpe..xde rezeki lg..lenkali kot..sabo k ^^