DROP YOUR LINK HERE

Wednesday, August 18, 2010

kejam sekali

Saya nak share satu story yang saya terbaca di myMetro tadi. Tajuknya "PIJAK ISTER HAMIL"

AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu.

Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran.

“Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan memperlahankannya.

“Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya.

Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik.

“Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya.

“Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar,” katanya.

Sumber terbabit berkata, suaminya yang tidak puas hati jawapan diberikan terus meluru sebelum memukul tangan mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan.

“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan.

“Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya.

Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan.

“Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya.


credit to : myMETRO


Dah baca tak? Seram kan? Kenapa la sampai hati dia buat bini dia macam tu gara2 tv je? Setan apa ntah merasuk dia tu, Moral of the story, Kawal lah kemarahan kita yee... :)


8 orang kiud berbicara:

Mahamahu said...

Manusia dah semakin tertekan mungkin juga hilang kawalan kerana nafsu mengatasi segalanya...

niesh™ said...

betul2. semakin hari semakin muncul banyak kes .

shima said...

kejam giler!!!

Vivian said...

kenak nya boleh dtg hantu owh..ya la kdg2 umur awal nikah..cdak gik sikpat nahan marah..bukan smua lah..

niesh™ said...

shima : kejam kan..

beautiful stranger : ntah la. asa sak ati alu pun boh la gya. kempang da laki ya eh.

Aku Adalah Aku said...

jiwa muda..
nak kawen sik alah2...
sik dberik kawen lak cam2 dipolah..
marah kit alu nak ngamok si tntu pasal..hal kecik jak pon..
dah bini ngandung ditinjak2...
haishhhh..
ada otak..p akal sik da..

Shaizul Sapar said...

berhati-hati lah memilih suami.zaman bercinta ialah masa bermimpi yg indah.dah khwin esok,baru kita terjaga dari tidur.

niesh™ said...

aku adalah aku : yala, awal ilak kawen la asa kmk. mun awal ilak kawen cpt lejuk,mun zaman kinek kawen awal xsama an zaman dolok marek.knek tk suma orang suka enjoy bha,

dakwat : betul2. masa bercinta mesti nak cover segala keburukan kan.