DROP YOUR LINK HERE

Friday, August 20, 2010

isu



Selamat pagi semua..
Pagi ni tadi saya bercadang nak blogwalking tapi entah kenapa line bb ni slow betul2, loading page terlampau lama. Sakit nya jiwa di buat nya, Jadi saya terus la buat new post, yang saya tak tahu nak cerita apa sebenarnya.

Malam tadi kita tengok 999, tak habis pasal pelacur la, pasal dadah la, pasal sempadan la, pasal buang bayi. Korang perasan tak bila je masalah macam ni masuk tv , benda tu akan terus menjadi2? Contoh dulu heboh kan dengan mat rempit, lepas je heboh di tv tu, menjadi2 la mat rempit ni. Sekarang pula kes buang bayi, mula2 dulu tak la seteruk sekarang. Tapi, sejak benda tu selalu masuk tv, makin menjadi2 la pulak.

Agak2 nya kan orang yang buat kerja jahat ni bangga sangat kot dengan kerja jahat diaorang tu, sebab tu la makin menjd. Tapi, kalau bangga sangat kenapa bila dah ditangkap polis, nak di ambil gambar, siap tutup muka lagi, tunjuk la muka tu, kenapa nak malu pula.. Kan suka nak masuk tv..

Benda ni sebenarnya kita tak boleh nak salahkan sesiapa pun kadang2, sebab semua benda kita yang fikir , otak kita yang berfikir, Saya tak setuju bila sesetengah pihak suka menyalahkan ibu bapa, Ada anak yang nampak macam baik depan makbapak dia tapi sebenarnya itulah setan. Kalau anak berlagak baik depan mata dia macam mana la dia tahu anak dia tu jahat.

Kadang2 saya rasa pendidikan seks patut di ajar di sekolah sebab dari sini diaorang mungkin blh tahu, kita bukan nya nak menggalakkan diaorang membuat seks tapi macam memberi kesedaran awal. Jangan la letak pasal seks je, Kita tambah la dari sisi agama juga. Tapi banyak pihak berpendapat, jika pendidikan seks ni di ajar, lagi la curious budak2 nak buat seks, ada betul nya juga. Haha. Kan zaman remaja zaman paling curious kita. Sanggup buat apa saja janji tahu apa rasanya.

Apa yang dapat saya tengok sebagai seorang kakak kan, Adik saya yang berumur 12 thn tu pun hebat dari saya masa umur saya 12 thn dulu. Masa saya dulu 12 thn blm ada hp lagi, Tapi dia ada 2 hp lagi . Masa saya dulu, tak tahu pun pasal couple2 ni. Banyak la perbezaan nye. Jangan la zaman anak2 kita nanti lagi canggih dari sekarang.

Jauh juga saya melalut kan. Hihi. Suka suka je melegakan hati yang gundah gulana :)

6 orang kiud berbicara:

shima said...

budak skg best,ape nak dapat.tade cm dulu dulu.haishh.hee

Danial Ikhwan Jaafar said...

nak jadi orang dewasa dan ibu bapa sekarang ni susah. kena pandai macam mana nak jaga anak2/adik2/sedara2 kecik. zaman berubah seh..

fayfaraa said...

betul3. haha XD
budak2 suma dh maju knek. ahh. aku gk geram ngn adik ku nok da gerek ya~

niesh™ said...

shima : betul2

danial : skarang ni memang lain dah dr dulu kan, mesti zaman kita jd parent nanti dah berubah dah,

faraa : yala, kecik2 dah tauk bergerek, angol aku.

Aku Adalah Aku said...

haha..yalah mek ada hp pun time ujung2 tingkatan 5..ya pun secondhand pun hp..hp pun besar semacam jak padah orang..mun letak rah poket depan,dah kedak orang mbak pensel case jak upa...knek adik2 nok darjah 3 dah pnde nekan msj..haishhh...

niesh™ said...

adik kmk darjah 6 dua hp bha. tauk mcm2, p bla pasal math, bebal alu. eran kmk. mun bnda len pakar alu jak nya. mun sal math ka blajar ka. terdiam trus nya. heran.