DROP YOUR LINK HERE

Saturday, June 19, 2010

dari hati

Hai semua. Lama dah saya tak mencoret di blog tersayang. Kehilangan idea dan kecelaruan fikiran membuatkan saya malas dengan semua perkara. Coretan kali ni mungkin yang melibatkan emosi sikit. Lebih kepada diri sendiri mungkin. Entahlah.

Saya hairan bila saya lihat orang2 yang dah cukup perfect kehidupan nya, dapat lagi perkara2 yg bagus. Macam tak adil bagi orang yang serba kekurangan. Mungkin sebab itu la orang yang serba kekurangan tak maju. Yang kaya raya menipu sana sini untuk mendapatkan kesenangan, cthnya, kalau memohon tanah mesra rakyat yang diperuntukkan untuk orang yang serba kekurangan, harusnya yang tidak berdaya di beri keutamaan seperti orang2 tua,balu yang tidak berdaya dll. Tapi bantuan tanah ni dengan senang2 orang yang masih boleh menggunakan tulang empat kerat untuk bekerja yang dapat. Mana keadilan di sini? Sedangkan mangsa tanah runtuh memakan masa lama untuk di bagi tanah tapi kenapa mereka2 yang masih blh mencari nafkah, ada tenaga yang diberi dengan cepat.

Mungkin saya terlalu beremosi kebelakangan ini. Semua perkara saya lihat seperti penindasan terhadap orang yang tak berdaya dan tak berkemampuan. Orang miskin dipandang hina. Kenapa? Kenapa kita tidak membantu peminta sedekah 2 di tepi jalan? Memberi mereka tempat untuk mereka tinggal. Jangan kan kerana sesetengah peminta sedekah yang menipu semua peminta sedekah kita samakan. Ada peminta sedekah yang betul2 tidak berkemampuan.

Haih. Saya semakin terbabas dengan coretan saya. Seperti menyalahkan kerajaan. Saya tidak menyalahkan dan memperlekehkan mana2 pihak. Cuma meluahkan apa yang saya rasa. Jika ada pihak yang tersinggung dan tidak berpuas hati. Saya minta maaf.


0 orang kiud berbicara: