DROP YOUR LINK HERE

Monday, January 30, 2012

perampas?dirampas?terampas?


Ini bukan luahan rasa tetapi satu sudut pandangan saya. Hehehe.

Orang selalu cakap perempuan/lelaki yang suka minat ada hati dengan gf/bf/suami/isteri orang adalah perampas. Kalau kita fikir dan selami dari setiap diaorang apa yang kita jumpa? Kadang2 kita sedap mulut je kutuk kan tanpa berfikir apa yang diaorang alami. Ok. Mari kita pergi ke cara pemikiran dan situasi diaorang.

Perempuan/Lelaki yg Bujang
Kalau dah suka dan mendapat respon yang baik,dapat ka nak halang perasaan tu? Kita kadang2 terfikir diaorang ni mesti jenis kejam tak tahu rasa orang lain tapi kalau kita di tempat diaorang,mungkin diaorang pun tak nak benda ni jadi kan. Mungkin diaorang sentiasa mengelak tapi mampu atau tidak? Selalu nya diaorang ni digelar perampas kan. Tapi betul ka diaorang ni perampas? Mana la tahu gf/bf/suami/isteri orang yang terkejar dgn diaorang kan. Bila hati dah suka dengan orang tu dapat kita nak halang dan suruh hati berhenti?
Bila berhadapan dengan masyarakat,golongan ni la yang paling akan kena kutuk dan akan terima segala cacian makian hinaan la. Memang la perbuatan diaorang ni salah,tapi bukan dalam Islam seorang lelaki boleh berkahwin 4 kan kalau dia mampu? Tapi perempuan tak la boleh bersuami 4. Hehehhe.


Girlfriend/Boyfriend/Suami/Isteri Orang
Kalau nak diikutkan, golongan ni lagi teruk dari golongan atas tu. Dah tahu diri tu berpunya tapi still juga nak gatal. Tapi masyarakat tak nampak semua tu. Yang masyarakat nampak golongan atas tu yang teruk gatal kennja dan segala yang seangkatan dengannya la. Agaknya golongan ni kurang kasih sayang. Biasala kita manusia ni tak perfect,kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Mungkin ada yang pasangan dia buat , menyingung rasa hati diaorang dan menyebabkan diaorang bosan dan cari la orang baru. Mungkin mula2 tu main2 nak buang bosan tapi lama2 sangkut cintan la pulak kan. Kalau saya dalam golongan diaorang ni,saya akan tinggalkan yang pertama. Sebab kalau hati dan sayang saya betul2 pada yang pertama,takkan wujud yang nombor dua. Golongan ni rasanya tak la terasa terlalu sakit dengar kutukan macam golongan atas kan. 

Pasangan Girlfriend/Boyfriend/Suami/Isteri Orang
Golongan ni lah yang paling terluka dengan teruk makin2 lagi kalau dia dah cinta mati gila pig. Kalau dah jadi husband/wife , confirm la cinta mati kan? Berkongsi hidup bertahun2 tup tup partner ada affair. Mahu tak rasa nak mati. Kalau saya dalam golongan ni saya memang tak dapat nak terima hakikat makin2 lagi kalau saya layan pasangan saya dengan cukup baik. Kalau nak berpoligami bukan senang,kalau macam saya yang tak suka berkongsi ni, paham2 je la. Hhahaha. Mesti golongan ni akan mengutuk golongan paling atas kan. 
"Kau perampas,dasar perempuan tak sedar diri"
Statement selalu kita dengar dalam drama kan. Mesti diaorang ni rasa tak puas hati kan bila jantina yang sama kacau diaorang punya pasangan. Mesti diaorang fikir, golongan paling atas tu kejam tak berhati perut. Macam tak tahu perasaan orang lain bila hak milik dirampas. Dalam masa macam ni,mesti golongan ni tak fikir kan rasa golongan paling atas dan golongan tengah kan. 


Ini pendapat saya la kalau saya dalam keadaan diaorang. Tapi kalau ikut overall,semua bersalah. 
Golongan paling atas sepatutnya bijak menghalang golongan tengah dari dekat dgn diaorang dan golongan tengah pula mesti sentiasa remind diri dah berpunya dan golongan paling bawah,jaga pasangan baik2. 

Masyarakat suka menyalahkan golongan bujang yang ada affair dgn hak milik orang lain. Pernah tak terfikir siapa yang mulakan dulu? Soal hati kita tak dapat nak teka kan. Hari ni mungkin kita cakap takkan suka yang dah berpunya. Mana tahu 2 3 hari lagi Tuhan duga kita.

Saya tidak bercakap berdasarkan pengalaman, tetapi berdasarkan cerita tv. HAHAHHAHAHA.


Photobucket

0 orang kiud berbicara: