DROP YOUR LINK HERE

Sunday, June 06, 2010

Betulkah orang yang kaya raya tak boleh nak bercinta dengan orang yang miskin papa kedana? Makin2 lagi kan kalau yang lelaki yang miskin, teruk la lelaki tu kena dengan family perempuan tu. Lepas tu, kalau yang perempuan pula miskin, hidup dia mesti tak tenteram sebab balik2 kena sindir dengan mak mentua. Semua ni aku tengok dalam drama tv.
Bila kita fikirkan balik,zaman fairytale dulu2,kalau la semua putera raja tu nak dengan yang sama berketurunan macam dia,tak la si Cinderella dapat kahwin dengan prince dia. Kan Cinderella miskin. Contoh yang lain pula,cerita Malaysia sendiri, cerita bawang putih dan bawang merah. Cuba cerita macam ni di banyakkan supaya mindset kita2 zaman sekarang ni berubah. Mana tak nya, cerita sekarang ni semua nya mesti berkahwin dengan yang setaraf dengan diri masing2. Kalau macam ni,macam mana yang hidup papa kedana nak maju. Kalau diaorang berkahwin sama diaorang yang papa kedana.
Saya tak suka orang memandang rendah pada keluarga yang miskin papa kedana. Makin2 lagi kalau kita just judge orang tu dari appearance dia. Memang tak adil la kan. Tak kesian ke kalau kita reject orang dengan alasan dia miskin dan tujuan dia bercinta dengan anak kita adalah sebab dia nak ambil harta? Jangan disebabkan sesetengah orang miskin yang suka jadi pisau cukur, terus semua yang lain terkena gelaran pisau cukur. Ada juga yang hidup kurang berkemampuan bekerja keras mencari rezeki.
Kesimpulannya kat sini, kepada yang hidup senang, Jangan lah terlampau berlagak, Dan melihat semua yang hidup susah tak layak nak bercinta dengan kamuorang. Dan yang hidup kurang berkemampuan, jangan la buat perangai yang tak bagus, makin lagi lah orang menyampah.


p/s: sesiapa jangan ambil hati dan terasa k. saya meminta maaf jika menyinggung sesiapa.


3 orang kiud berbicara:

Saleh Hamdi said...

wah..nice topic..

PENCUCI JɅMBɅN™ said...

yalah.. semua nie berlaku di seluruh dunia.. tapi bukan semua yang macam tu.. lagipun hidup ni bukan selamanya happy ever after..

p|s: aku percaya adanya hapilly ever after..hek2..

niesh™ said...

haha. sumtym aku caya an hapily ever after,sumtym x. depend dengan emosi.